Program Harmony Day – Get To Know Malaysia – 21 Mac 2017

Pada 21 April 2017 bertempat di Lathlain Primary School telah berlangsung Program ‘Harmony Day’ di mana semua pelajar sekolah tersebut diberi pendedahan berkaitan kepelbagaian budaya, bahasa dan pakaian masyarakat dunia. Konsulat Jeneral Malaysia telah berpeluang mengikuti aktiviti tersebut dengan memperagakan pakaian masyarakat Malaysia serta menyediakan juadah ala Malaysia seperti karipap, kuih bingka pandan, kuih lapis, popia dan ubi goreng.

Delegasi Konsulat telah memberikan penerangan berkaitan Malaysia khususnya tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelajar-pelajar tersebut. Cenderahati yang disediakan oleh Tourism Malaysia juga mendapat reaksi balas yang sangat positif dari pelajar-pelajar. Legoland semestinya menjadi tempat yang menarik perhatian kesemua pelajar-pelajar tersebut.

Source: Ministry of Foreign Affairs of Malaysia